Masjid Negara, Kuala Lumpur (1965)

Maklumat gambar: Qari pilihan laman ini, Syeikh Abdul Basit (rahimahullah) sebagai jemputan khas sempena pembukaan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 27 Ogos, 1965. ( Sumber: Kementerian Penerangan Malaysia )

Surah Al-Fajr adalah salah satu surah yang telah dibaca oleh beliau ketika itu. Kami masih mencari rakaman ini – jika pembaca ada sebarang maklumat tentang ini, sila hubungi kami. Sementara itu, rakaman bacaan Surah Al-Fajr beliau (di waktu dan lokasi yang lain) boleh didengarkan di sini . Liputan penuh oleh Majalah Qalam dapat dibaca di bahagian bawah artikel ini. ( Sumber liputan: Qalam Article Database – Jawi Research Society in Japan – JRS-J ) )

Sheikh Abdul Basit Abdul Samad bersalaman dengan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas menerima pingat pada Pertandingan bacaan Al-Quran di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 27.8.1965 (Sumber: Kementerian Penerangan Malaysia )

Pembukaan Masjid Negara, 1965

Tuan Haji Sulaiman Pai Chiem Ming menghadiahkan sebuah ukiran Masjid Pamosa kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sempena Pertandingan bacaan Al-Quran di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kelihatan Syeikh Abdul Basit di bahagian kiri belakang gambar – 27.8.1965 (Sumber: Kementerian Penerangan Malaysia )

Share via
Copy link
Powered by Social Snap