097 Al-Qadr (1950-an)

Dengan keterangan 3 ayat Lailatul-Qadr, ditambah 3 ayat pembuka dari surah Ad-Dukhkhan, teranglah bahawa malam Lailatul-Qadr itu adalah malam mula turunnya Al-Quran. Bilakah masa Lailatul-Qadr itu? Al-Quran telah menjelaskannya lagi. Di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 jelas bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang padanyalah diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi manusia, dan keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan pemisah di antara yang hak dengan yang batil. – Prof Dr Hamka (Tafsir Al-Azhar, Juzuk 30 (PTS), m.s. 301).

بِّسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
Sesungguhnya telah Kami turunkan dia pada malam Kemuliaan.
(97 : 1)

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ
Dan sudahkah engkau tahu, apakah dia malam Kemuliaan itu?
(97 : 2)

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ
Malam Kemuliaan itu lebih utama daripada seribu bulan.
(97 : 3)

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍۢ
Turun Malaikat dan ruh pada malam itu, dengan izin Tuhan mereka, membawa pokok-pokok dan tiap-tiap perintah.
(97 : 4)

سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ
Sejahteralah dia sehingga terbit fajar.
(97 : 5)

Sumber Rakaman: ETS. E.S. Khoury, Beirut, Lebanon ( yahosein.com/org – yahosain.net )
Gambar Hiasan: alex grichenko, Night sky in mountains @ PublicDomainFiles.com

Share via
Copy link
Powered by Social Snap