Quran kufi

Selamat Datang

Assalaamu’alaikum wbt.

Laman ini sekadar menampilkan bacaan surah-surah pilihan oleh Syeikh Abdul Basit Muhammad Abdus Samad, yang dirakam sekitar tahun 1950-1960an, dalam bentuk berbeza dan lebih interaktif. Buat masa ini, setiap rakaman dimainkan terus dari Soundcloud, manakala terjemahannya dipaparkan di laman ini. Teks terjemahan dipetik daripada Tafsir Al-Azhar, karya Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka).

Untuk mengenali kedua tokoh ini dengan lebih dekat lagi, sila layari capaian berikut:-

  • Syeikh Abdul Basit Muhammad Abdus Samad
  • Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka)

Di samping mendengar bacaan serta mengikuti terjemahannya, silalah dalami juga tafsiran ayat-ayat tersebut oleh para ulamak tafsir yang berwibawa. Ini kerana tanpanya, kita tidak akan dapat memahami maksud sebenar ayat-ayat yang dibacakan. Ayat-ayat ini harus difahami mengikut konteks asalnya terlebih dahulu, sebelum dapat disesuaikan dengan keadaan masa kini. Kitab Tafsir Al-Azhar contohnya, boleh diperolehi di mana-mana kedai buku agama, atau melalui edisi terbarunya di PTS (dalam bentuk buku atau e-book).

Selamat mendengar dan bertadabbur.